JENIS-JENIS TUDUNG BAWAL
1. Cotton
Apabila melihat tudung jenis ini kembali berada di pasaran, teringat pula zaman persekolahan. Tudung jenis ini mudah digayakan kerana daripada jenis kain cotton dan punyai gred. Ia mudah dibentuk pada wajah dan bersifat sejuk dan terletak kemas saat digayakan. Biasanya ia berbentuk empat segi sama dan boleh digayakan dengan pelbagai gaya.
2. Chiffon
Wah, anda dikatakan seorang yang berani jika memilih untuk memakai tudung daripada jenis kain ini. Ia bersifat licin dan terlalu sensitif. Perlu dijaga rapi, tetapi untuk memakainya, ada caranya.
Pastikan anda gandingkan dengan anak tudung jenis cotton pada bahagian dalam agar tudung ini tidak mudah lucut daripada kepala. Jika rajin, gunakan pin yang lebih untuk kemasan. Tudung jenis ini sangat sesuai untuk majlis-majlis rasmi.
3. Bubble
Kain yang menjadi kegilaan sesetengah pemakai hijab. Ia kelihatan agak ranggi, namun masih sopan. Bersifat sejuk dan mudah digayakan.
4. Lycra
Ada satu ketika, kain tudung jenis ini menjadi rebutan ramai. Ia mudah dijaga dan tidak perlu digosok. Penggayaannya pun lebih mudah dan kerana kain tudung jenis inilah terciptanya ikatan tudung tanpa pin ataupun peniti.
5. Satin
Material tudung jenis satin ini juga agak sukar untuk digayakan. Tetapi kelihatan mewah dan feminin. Jika dililit di kepala akan kelihatan kemas dan terletak. Jadi, jadikan tudung jenis satin ini salah satu koleksi anda. Salah satu cara memilih tudung satin ini adalah dengan memastikan bahagian dalam tudung satin ini bersifat matte atau tidak licin. Boleh lihat contoh tudung Premium Shawl ini di page ButtonScarves
Comments
Post a Comment